NIBONG TEBAL – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, Nur Syamimi Husna Mohd Fikry dilaporkan hilang oleh ibunya susulan remaja itu tidak pulang ke rumah mereka di Nibong Tebal, di sini.
“Remaja perempuan itu masih bersekolah dan dikatakan keluar rumah pada Ahad lalu.
“Justeru itu, kita mohon mana-mana pihak yang berjumpa atau mempunyai maklumat lanjut mengenai gadis itu agar tampil ke mana-mana balai polis terdekat untuk menyalurkan maklumat.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD SPS, Sarjan D.Surianah Jamlan ditalian 014 869 6851,” katanya. – MalaysiaGazette
















