Gambar hiasan. Foto SADIQ SANI, 30 APRIL 2025

 

KUALA LUMPUR – Bekalan telur ayam di pasaran adalah mencukupi dan stabil, malah pengeluaran tempatan kini melebihi permintaan domestik, menurut data dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, penstrukturan semula subsidi telur berkuat kuasa 1 Ogos 2025, pihak industri dari semasa ke semasa akan menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa susulan penstrukturan semula subsidi telur berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Proses pelarasan harga ini adalah sebahagian daripada mekanisme pasaran terbuka, namun tidak menjejaskan jaminan bekalan telur untuk pengguna.

“KPKM sentiasa komited untuk memastikan bekalan telur mencukupi dan terjamin bagi memenuhi permintaan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan tinjauan KPKM, bekalan telur Gred A, B dan C masih stabil dan boleh dibeli di pasar raya.

Manakala bekalan telur Gred Khas dengan harga mampu milik turut tersedia dengan kuantiti yang munasabah.

“KPKM juga akan meneruskan pemantauan terhadap data pengeluaran telur termasuk inisiatif Jualan Agro MADANI bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan harga dan tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada sekiranya berlaku sebarang aktiviti
pencatutan atau manipulasi serta kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast