PENAGA – Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditungganginya dihempap sebatang pokok tumbang di kawasan Masjid Jamek Nurussaadah, Lahar Tabut, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggil berhubung kejadian jam 4.55 pagi dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda tiba di lokasi 11 minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba dapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap penunggang motosikal berusia 43 tahun.
“Impak kejadian itu menyebabkan lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan.
“Susulan itu kami menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan laluan itu bagi memastikan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, mangsa kemudian dibawa oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.24 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette















