KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua orang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan.

Dua lelaki tersebut ialah, Ambar Bahadur @ Mijar, dan Ammar Bahad Singh.

SPRM berkata, alamat terakhir kedua-dua lelaki tersebut adalah di Platinum Splendor Residensi, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ambar dan Ammar supaya menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafifi  Rahmat di talian 03-92065000 / 018-6632034 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast