Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 06 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Inflasi keseluruhan bulan Julai meningkat sedikit kepada 1.2% (Jun: 1.1%), manakala inflasi teras1 kekal tidak berubah pada 1.8% (Jun: 1.8%).

Bank Negara Malaysia berkata, inflasi keseluruhan yang lebih tinggi mencerminkan inflasi teras yang berterusan serta peningkatan dalam komponen bukan teras terpilih seperti sayur-sayuran segar dan tambang penerbangan.

Menurutnya, peningkatan ini sebahagiannya diimbangi oleh penurunan dalam IHP (indeks harga pengguna) elektrik, mencerminkan penstrukturan semula tarif elektrik sepanjang bulan tersebut khususnya, bil elektrik menjadi lebih rendah bagi kebanyakan isi rumah berikutan kadar tarif domestik yang lebih rendah dan rebat untuk penggunaan elektrik yang lebih rendah di bawah Insentif Kecekapan Tenaga.

Eksport kasar pada tempoh yang sama meningkat sebanyak 6.8% (Jun: -3.6%), didorong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh eksport elektrikal dan elektronik
(E&E).

Manakala eksport bukan E&E menguncup disebabkan terutamanya oleh produk petroleum dan kimia, manakala eksport komoditi yang lebih rendah didorong oleh minyak sawit dan gas asli cecair (liquefied natural gas, LNG).

Pertumbuhan import menjadi sederhana kepada 0.6% (Jun: 1.2%) berikutan penurunan import pengantara.

Pada masa hadapan, permintaan luaran yang semakin sederhana dijangka terus mempengaruhi eksport.

Sementara itu, pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.5% (Jun: 5.2%), didorong oleh pertumbuhan yang lebih
tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul (4.9%; Jun: 4.5%) dan bon korporat terkumpul (4.8%; Jun: 4.3%).

Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul meningkat, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih tinggi untuk tujuan berkaitan pelaburan dalam kalangan bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pertumbuhan pinjaman PKS pula meningkat disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja.

Pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal stabil pada 6% (Jun: 6%), dengan pertumbuhan yang berterusan merentas kebanyakan tujuan pinjaman.

Dalam pada itu, perkembangan tarif pada masa ini terus mempengaruhi pasaran kewangan global.

Selain itu, kenaikan inflasi AS pada bulan Jun bersama-sama dengan data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan mendorong peserta pasaran untuk mengurangkan jangkaan terhadap pengurangan kadar dasar oleh Rizab Persekutuan AS pada bulan September.

Berlatarkan keadaan ini, ringgit menurun nilai sebanyak 0.9% berbanding dolar AS.

Sementara itu, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun menurun berkurang 10.0 mata asas berikutan pengurangan OPR dalam mesyuarat MPC bulan Julai serta prospek fiskal yang positif.

Sebaliknya, FBM KLCI menurun sebanyak 1.3% berikutan aliran keluar ekuiti asing.

Sementara itu, permodalan sistem perbankan kekal kukuh pada 18.4%, memastikan sokongan yang berterusan kepada pengantaraan kredit dan keupayaan untuk menghadapi kejutan potensi dalam ekonomi.

Sistem perbankan mencatatkan lebihan penampan modal4 sebanyak RM143.3 bilion setakat Julai 2025.

BNM menambah, nisbah pinjaman terjejas kasar dan nisbah pinjaman terjejas bersih masing-masing kekal rendah pada 1.4% dan 0.9%, berikutan para peminjam terus berupaya untuk membayar balik pinjaman.

Manakala nisbah perlindungan kerugian pinjaman terjejas kasar (Jun: 130.4%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast