Kereta kebal tentera Israel mengambil kedudukan di sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza pada 22 Mei 2025, di tengah-tengah perang berterusan antara Israel dan gerakan Hamas. Foto AFP
ANKARA – Tentera Israel yang memulakan “operasi persiapan untuk serangan kuat” ke atas bandat Gaza, mengisytiharkan pusat bandar yang padat itu sebagai “zon tempur berbahaya”.
Jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam satu kenyataan melalui X berkata: “Berdasarkan penilaian situasi dan arahan daripada kepimpinan politik memutuskan mulai hari ini (Jumaat) pada jam 10 (0700GMT), jeda taktikal tempatan dan sementara dalam aktiviti ketenteraan tidak akan digunakan untuk bandar Gaza, yang akan dianggap sebagai zon pertempuran berbahaya”.
Jurucakap tentera berkata, tentera akan meneruskan operasi serangan terhadap “organisasi pengganas,” sambil mendakwa menyokong usaha kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Saksi memberitahu Anadolu, tembakan dan serangan udara yang kuat tertumpu di daerah utara dan timur bandar itu, dengan asap tebal meningkat di kawasan perumahan.
Penduduk melaporkan, pesawat Israel sedang terbang secara berterusan di atas bandar itu, manakala letupan dan kebakaran meletus di beberapa kawasan kejiranan, termasuk Al-Karama, Al-Saftawi, Abu Iskandar, penghujung Jalan Al-Jalaa, dan Menara Perisikan.
Pengisytiharan itu, yang dikeluarkan oleh tentera Israel, dibuat walaupun keadaan bandar yang padat dan krisis kemanusiaan yang berterusan.
Sebagai tindak balas, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa “operasi ketenteraan yang dipergiatkan di Gaza City akan meletakkan kira-kira 1 juta orang berisiko dipindahkan secara paksa lagi”.
“Dengan kebuluran yang telah disahkan di kawasan itu, sebarang peningkatan lanjut akan memperdalam penderitaan dan mendorong lebih ramai orang beada dalam malapetaka,” tambahnya.
Sekatan penuh Israel ke atas Gaza, yang dilaksanakan sejak awal Mac, telah mewujudkan keadaan bencana bagi 2.4 juta penduduknya, yang membawa kepada kebuluran, penyakit berleluasa dan keruntuhan perkhidmatan penting.
Israel telah membunuh kira-kira 63,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan enklaf itu, yang menghadapi kebuluran.
November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant kerana jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana perangnya terhadap kawasan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast