Kakitangan MET Malaysia melakukan kerja-kerja pemantauan keadaan cuaca negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Meteorologi Sedunia bertemakan 'Amaran Awal dan Tindakan Awal' di MET Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
KUALA LUMPUR – Putrajaya diramalkan tiada hujan sepanjang hari esok.
Bagaimanapun, hujan dan ribut petir melanda Kedah dan Perlis sepanjang hari.
Kebanyakan tempat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Labuan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Pedalaman) pula mengalami ribut petir dan hujan pagi.
Jabatan Meteorologi berkata, pada sebelah petang, hujan dan petir diramalkan melanda Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di sebelah malam, ribut petir dan hujan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Labuan, Sabah (Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan Sarawak (Kapit, Miri dan Limbang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast