KUALA LUMPUR – Seorang veteran tentera meluahkan rasa kecewa dengan penampilan segelintir Anggota Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam raptai perarakan Hari Kemerdekaan ke-68.
Zulfadli Jaafar berkata, uniform ATM bukan sekadar pakaian, sebaliknya adalah lambang disiplin, maruah dan amanah yang dipikul untuk mempertahankan tanah air.
Sehubungan itu, tambahnya, adalah tidak wajar untuk uniform ATM dipersembahkan dengan cara yang menampakkan unsur ‘seksi’ atau menggiurkan.
Malah, katanya yang merupakan pesara Armed Forces Apprentice Trade School, uniform ATM harus menzahirkan ketegasan, keperkasaan dan wibawa kerana itulah sifat sebenar seorang anggota tentera.

Tambah beliau, anggota tentera yang terlibat dalam perarakan itu membawa imej tentera darat dan salah satu cabang dalam ATM.
Sehubungan itu, ujarnya, adalah lebih sopan untuk mereka memakai baju Melayu kebangsaan lengkap berbanding memakai `pakaian’ yang tidak cukup sifat dengan penampilan sedemikian.
“Saya tidak sasa dan saya tidak cemburukan badan mereka.
“Tubuh sasa itu satu kelebihan, tetapi ia bukan untuk dipertontonkan dengan gaya yang boleh mengundang tafsiran lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.
Hantaran Zulfadli (PPA PPS) itu menarik perhatian warga maya yang berkongsi catatan beliau dengan kebanyakan mereka turut tidak bersetuju dengan penampilan anggota tentera berkenaan.
Sebelum ini, tular beberapa gambar dan video beberapa anggota tentera dengan penampilan yang mempertontonkan tubuh badan sasa dipercayai bagi menyertai Hari Kemerdekaan ke-68 yang akan disambut esok.
Bagaimanapun, penampilan anggota tentera berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai yang menyifatkannya tidak sesuai dengan imej ATM serta untuk dipertontonkan pada perarakan Hari Kemerdekaan.
Sementara itu, Zufadli berkata, sebagaimana masyarakat menolak wanita dijadikan objek seksual, orang ramai juga tidak boleh menerima lelaki dipamerkan sebegitu rupa.
Apatah lagi, ujarnya, maruah pasukan beruniform lebih tinggi daripada itu dan perarakan kemerdekaan seharusnya menjadi pentas memuliakan jasa dan kredibiliti ATM, bukan sekadar tontonan fizikal.
“Itulah pendirian saya, sebagai seorang veteran yang masih memandang uniform dengan penuh hormat dan kebanggaan.
“Masih tergantung dan terlipat (uniform) 8X10 sempurna No 5 Digital sebagai kenangan.
“Ada yang akan berkata yang ini adalah “Zaman Mereka” dan “Zaman Kami” telah tamat.
“Tidak mengapa kerana saya hanya meluahkan bagi diri saya sendiri dan bukannya mewakili mana mana pihak atau organisasi.
“Tidak bersetuju tidak mengapa kerana saya menulis bukan untuk meminta orang bersetuju dengan saya,” katanya. – MalaysiaGazette

















Peristiwa serangan Pengganas di TANDUA SABAH..boleh dibuat ikhtibar bukan setakat mempertontonkan bentuk badan yg sasa..tetapi?????
hantar yang sasa ke Gaza sejauh mana kemampuan mereka
Sebelum dipersembahkan untuk tontonan sempena merdeka, pasti dah dibincangkan baik buruknya. yang dah meninggalkan perkhidmatan, berhati besarlah dengan pembaharuan yang ada selagi ianya tidak bercanggah dengan rukun negara dan adab susila orang Malaysia.
bekas anggota tentera tu tidak mahu menerima kenyataan bahawa anggota yg mempamer badan tu adalah anggota tentera dan juga sebagai atlit bina badan yg mewakilli tentera juga. Tak salah pun nak pamer.. bukan nak pergi perang.. zaman dah berubah terima kenyataan wahai bekas tentera.
saya setuju pakaian uniform tentera perlu ikut terma pakaian rasmi sebenar. Agar masyarakat mmndg tinggi disiplin tentera
Laaa… cuba la berfikiran positif.. bende la veteren ni.. tau la dah jadi org lama.. x payah la nak tnjuk sgt smangat kau. dia kerja pakai tu pn bukan dia nak sgt.. yg permpuan bodo nk sgt tgok buat apa.. mulut kau la jadi punca negara x maju.. fikiran smpit mcm kau laa negara xda kemajuan.. . pakaian yg dia pakai tu bukan salah pun, xda la undang2 ATM x bole pkai baju macam tu(kecuali permpuan)..bentuk tu mmg la nampak sbb dah sasa nk buat cm mna..
Saya setuju dgn komen beliau. Tapi jika hendak dipertontonkan juga abg sado ni, bergabung dgn tiga cabang perkhidmatan berjalan lalu Kontijen Abg Sado dgn berpakai sukan adalah lebih sesuai.
Bentuk badan yang digeruni musuh diluar sana, bayangkan ATM yang dilatih cekap di samping mempunyai susuk badan yg tegap… Bukan badan slim yang nmpak kemas dimata segelintir mereka diluar sana… Kamon… 2025 dah kut
#Xroyalrenjer
Macam takde maruah diri, mwmpertontonkan tubuh badan di khalayak ramai
ingin tahu.
1.“Itulah pendirian saya, sebagai seorang veteran yang masih memandang uniform dengan penuh hormat dan kebanggaan.
“Tidak mengapa kerana saya hanya meluahkan bagi diri saya sendiri dan bukannya mewakili mana mana pihak atau organisasasi,”
kalau tidak wakili mana2 orgsnisasi elok gugurkan perkataan veteran.(elok nyatakan sebagai individu rakyat malaysia,)
2. “Masih tergantung dan terlipat (uniform) 8X10 sempurna No 5 Digital sebagai kenangan.
Adakah Bekas tentera masih boleh menyimpan ppajaian rasmi Bx10 yabg dibyatajan ?
3. Pesara kerajasn sektor awam yang tidak memakaian seragam biasanya mengembalikan Kad Kuasa, Kad Asess masuk Pejabat dan kad parkir dikembalikan di hari terakhir bertugas sebreum clock out