Gedung Negara Grahadi Surabaya ludes dibakar massa aksi demonstrasi. (Metrotvnews.com/Amal)

SURABAYA – Gedung Negara Grahadi, salah satu ikon bersejarah Kota Surabaya, Indonesia dibakar orang ramai yang merusuh malam tadi.

Tinjauan MetroTV di lokasi, perusuh membakar Gedung menggunakan bom buatan sendiri selai merosakkan fasiliti awam dan mencuri sejumlah barang di sekitar Gedung Negara Grahadi.

“Api dengan cepat membesar dan memusnahkan sebahagian bangunan bersejarah tersebut,” kata Faisol, salah seorang saksi.

Kejadian itu berlaku apabila penguat kuasa terpaksa berundur kerana kedatangan terlalu ramai menyerbu ke kawasan berkenaan.

Lokasi kejadian malam tadi dipenuhi api dan asap sehingga awal pagi ini.

Sejak beberapa hari lalu beberapa kota termasuk Jakarta bergolak kerana rusuhan orang ramai yang tidak berpuashati dengan pemerintahan kerajaan Indonesia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast