Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Dunia beli-belah wanita kini melangkah ke era baharu dengan pelancaran SyurgaWanita iaitu platform e-dagang yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup wanita moden di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Dengan konsep Women’s Paradise yang boleh dilayari di www.syurgawanita.com, ia menjadi pusat sehenti merangkumi kecantikan, fesyen, aksesori, makanan sihat dan gaya hidup.

Menurut jurucakap Alya Suraya, SyurgaWanita bukan sekadar platform membeli-belah tetapi komuniti yang menginspirasi wanita untuk bergaya, sihat dan bahagia.

Menurut beliau, platform itu menyasarkan satu juta pelanggan aktif dalam tempoh terdekat berdasarkan keyakinan jenama milik selebriti popular yang telah menyertainya antara Rozita Che Wan dan Adira Suhaimi serta usahawan, Datuk Seri Alha Alfa dan pempengaruh, Dato Red.

“Bagi menarik pelanggan, SyurgaWanita menawarkan hadiah percuma untuk pendaftaran ahli, ganjaran eWallet, Purchase With Purchase serta cabutan bertuah dengan hadiah barangan elektronik, kereta, motorsikal, kerusi urut dan tiket penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SyurgaWanita turut memperkenalkan Wanita Bergaya Contest 2025.

Alya menambah, sempena pelancaran platform itu, pihaknya turut memperkenalkan kempen 9.9 Flash Deals yang sedang berlangsung hingga 9 September ini dengan tawaran Buy 1 Free 1 dan Lucky Draw 20 hadiah barangan elektrik.

Katanya, SyurgaWanita turut memperkenalkan Wanita Bergaya Contest 2025 sehingga 16 September depan yang terbuka kepada wanita berumur 18 hingga 45 tahun.

“Hadiah utama untuk pemenang termasuk wang tunai RM3,000, LV Lunch eksklusif serta hadiah Louis Vuitton diikuti RM2,000  untuk naib juara, RM1,000 (ketiga) dan 10 hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap seorang.

“Dengan slogan Wanita Bergaya, Hidup Bahagia,” SyurgaWanita hadir sebagai simbol aspirasi baharu wanita moden di Asia Tenggara,” katanya. – MalaysiaGazette

Adira Suhaimi..

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast