JAKARTA – Sebuah helikopter yang membawa lapan orang telah hilang di Pulau Borneo Indonesia.
Serentak itu, pihak berkuasa Indonesia telah melancarkan misi mencari helikopter yang membawa dua anak kapal dan enam penumpang, kata ketua agensi penyelamat tempatan di Banjarmasin, I Putu Sudayana, dalam satu kenyataan menerusi video.
“Pencarian kami akan berlangsung tujuh hari selepas kejadian itu.
“Kami menaruh harapan agar dapat mengesan mangsa hari ini, dan kami berharap semua ditemui selamat,” katanya.
Helikopter milik syarikat Eastindo Air, terputus hubungan sejurus selepas berlepas.
Pulau Borneo mempunyai salah satu kawasan hutan hujan terbesar di dunia. – Agensi
















