KABUL – Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan telah meningkat kepada 1,124, dengan 3,251 lagi dilaporkan cedera, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan.
Lebih 8,000 rumah kediaman, terutamanya di wilayah Kunar, telah musnah sepenuhnya atau sebahagiannya akibat gempa bumi.
Pasukan bantuan dan penyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan penduduk yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Setakat ini angka korban dan cedera masih belum dimuktamadkan.
Gempa bumi melanda bahagian timur Afghanistan pada 11.47 malam pada waktu tempatan pada 31 Ogos, dengan pusat gempa terletak 27 km timur laut Jalalabad, ibu kota wilayah Nangarhar, pada kedalaman lapan kilometer. – Agensi
















