KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan 95 masing-masing kekal pada paras RM3.16 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 September ini.
Menurut kementerian Kewangan, harga runcit diesel di Semenanjung dan di Sabah, Sarawak dan Labuan masing-masing turut kekal pada pada paras RM2.88 seliter RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan
berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette
















