Asisten Komisioner Ramli Kasa

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia maut diglis sebuah lori treler apabila motosikal yang diboncengnya terlibat kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menghala ke Klang, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari, suami wanita itu yang menunggang motosikal tersebut dan anak perempuan mereka berusia setahun 10 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis SM Sport 110R itu telah menyelit dengan beberpa kenderaan berat dan bergesel dengan sebuah lori treler mengakibatkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh di tengah jalan.

“Akibat kemalangan ini lori treler yang berada di hadapannya tidak sempat mengelak dan menggilis isteri mangsa iaitu pembonceng motosikal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular kemalangan jalan raya di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menghala ke Klang yang melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah lori treler.

Menurut Ramli, mangsa yang berusia 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal, 40, dan anaknya yang cedera ringan menerima rawatan di hospital sama.

Tambahnya, pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan,

Ramli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast