KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan dia sudah selesai melalui tempoh iddah selepas membuat hantaran di media sosialnya yang menyatakan statusnya kini ibu tunggal kepada tujuh anak baru-baru ini.
Pada masa sama, Rebecca turut memberitahu dia kini berlepas menunaikan ibadah umrah dan sudah selamat tiba di Tanah Suci.
“Assalammualaikum semua. Doakan saya, saya dalam penerbangan nak ke Rumah Nabi Muhammad SAW.
Cuma apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis iddah,” katanya dalam hantaran InstaStory miliknya.
Sementara itu, pelakon filem Keramat itu berharap orang ramai dapat mendoakan agar urusannya dilancarkan.
“Doakan saya selamat dan dipermudahkan Allah SWT dalam semua urusan saya. Teruskan doa untuk saya. Semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan, amin,” katanya.
Selain itu, dia turut memohon maaf kerana tidak sempat membalas mesej daripada orang ramai yang mengambil berat tentang dirinya.
“Saya minta maaf kepada lebih dari 1,000 WhatsApp dan ramai yang DM (mesej langsung) saya yang tak dapat saya balas. Terima kasih mengambil berat tentang saya, insya-Allah saya okey,” jelasnya.
Sebelum ini, Rebecca mengejutkan ramai apabila membuat hantaran dalam media sosial memberi bayangan rumah tangga dibina bersama peguam, Datuk Nur Azman Sulaiman sudah menemui noktah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan anak angkat, Nor Adam Daniel yang kini sudah berusia 16 tahun. -MalaysiaGazette

















Masih boleh guna title DATIN ke..dah bercerai pun