ISTANBUL – Perkhidmatan Google dilaporkan tidak dapat diakses oleh berjuta-juta orang di beberapa negara, terutamanya di Eropah Tenggara pada hari Khamis.
Menurut DownDetector, lonjakan laporan daripada pengguna yang bergelut untuk mengakses perkhidmatan Google seperti YouTube, Gmail, Chrome, Peta, Google Ttanslate dan perkhidmatan lain bermula pada 10 pagi waktu tempatan (0700GMT).
“Terdapat lonjakan dalam laporan bermula 7.10 GMT. Semasa gangguan itu, kami menerima laporan daripada Türkiye, Bulgaria, Greece, Georgia, Croatia, Serbia, Romania, Macedonia Utara, Armenia, Azerbaijan dan 16 negara lain,” tulis laman web penjejak Outage.Report.
Sesetengah pengguna melaporkan perkhidmatan penstriman audio Sweden Spotify juga telah terjejas oleh gangguan itu. – Agensi
















