Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengambil peluang untuk berbelanja selepas ianya mula disalurkan bernilai RM100 bermula hari ini, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pasar Raya Besar Mydin, Subang Jaya,. Foto SADIQ SANI, 31 OGOS 2025. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sudah memasuki hari kelima semalam berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam.

Kementerian Kewangan berkata, setakat tempoh tersebut, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5% selaras dengan prestasi semalam.

Menurutnya, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan.

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 6.6 juta rakyat atau 30% daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM425.2 juta di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast