Tempat memasak di salah sebuah premis yang didapati kotor ketika premis ketika Operasi Penguatkuasaan Malam (OPM) dilakukan DBKL di sekitar ibu kota. Gambar: Facebook DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan lapan restoran ditutup kerana gagal menjaga kebersihan premis ketika Operasi Penguatkuasaan Malam (OPM) dilakukan di sekitar ibu kota.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas 30 premis di Taman Maluri, Jalan Raja Bot, Jalan Hj Hussein, Kampung Bharu dan Jalan Datuk Keramat.

Menurut DBKL, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya pemilik atau pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid serta gagal menghadiri kursus pengendali makanan, perangkap minyak tidak dipasang dan tidak selenggara bawah sinki.

“Terdapat kurungan najis tikus dan lipas di dapur atau rak penyimpanan makanan, lantai dan dinding di ruang dapur kotor serta terdapat sisa makanan, meletakkan kerusi meja di kaki lima dan tiada lesen perniagaan premis,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

DBKL menegaskan akan terus melaksanakan tindakan seumpama itu daripada semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast