Pemain Malaysia, Nooa Laine (tengah) mengasak pemain Vietnam, Nguyen Hai Long (kiri) pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JUN 2025.

JOHOR BAHRU – Tonggak tengah Harimau Malaya, Nooa Laine mahu kesebelasan pemain meneruskan momentum kemenangan 2-1 ke atas Singapura Khamis lalu pada perlawanan Isnin ini.

Ini kerana beliau meramalkan skuad negara bakal berdepan cabaran getir pada aksi persahabatan Tier 1 berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim dekat sini.

Justeru katanya, semua pemain kini harus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi lawan yang berada pada ranking ke-98 dunia ketika ini.

“Cabaran kali ini berbeza kerana kita berdepan dengan pasukan yang berbeza.

“Namun, bagi saya setiap perlawanan mempunyai kesukarannya yang tersendiri dan pemain perlu memberikan yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan tersebut.

Laine berkata, rakan sepasukannya tidak terlalu bergantung kepada analisis video pasukan lawan.

Beliau dan rakan-rakan sepasukannya memilih untuk lebih fokus memperkemas corak permainan skuad negara.

“Kami memang belum sempat menonton video mengenai pasukan Palestin kerana bagi kami apa yang penting adalah untuk memberikan fokus kepada pasukan sendiri,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast