Datuk Ir. Razali Kassim merasmikan Kejohanan Catur Terbuka Rompin Piala 2025 di Politeknik Muadzam Shah melabuhkan tirai pada hari ini

ROMPIN – Seramai 424 peserta dari seluruh Malaysia dan juga melibatkan peserta antarabangsa dari Vietnam, Indonesia dan Filipina telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka Rompin 2025, Piala YB IR Razali Kassim di sini sejak semalam.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, sambutan luar biasa pada penganjuran kali kedua itu menawarkan keseluruhan berjumlah lebih RM16,000 dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah.

“Sebenarnya kejohanan kali ini mendapat sokongan Persatuan Catur Negeri Pahang dan dijenamakan semula daripda Kejohanan catur Piala ADUN Muadzam Shah yang telah dianjurkan pada tahun 2024.

“Syabas kepada semua peserta. Melihat sambutan luar biasa, Insya Allah tahun depan kita persadakan pertandingan ini di peringkat lebih berpestij dan menantikan lagi penyertaan luar negara sekaligus ia dilihat dapat mempromosikan daerah Rompin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menariknya kejohanan itu juga telah didaftarkan sebagai FIDE Rated Event dan tersenaraidalam laman sesawang Persekutuan Catur Dunia (FIDE) bagi tujuan penarafan antarabangsa itu telah berlangsung selama dua hari.

Penyertaan ini turut melibatkan pemain yang bertaraf antarabangsa iaitu seorang Grandmaster, seorang International Master, seorang Fide Master serta tiga orang Candidate Master.

Kejohanan  terbahagi kepada empat kategori iaitu Kategori Terbuka, Challenger, Bawah 12 Tahun dan Kategori Politeknik Malaysia.

Kejohanan kali ini menyaksikan Grandmaster Nguyen Duc Hoa dari Vietnam yang membawa pulang hadiah berjumlah RM2,500 beserta trofi Piala YB Ir. Razali Kassim dinobatkn sebagai johan.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh International Master Dede Lioe dari Indonesia manakala tempat ketiga dimenangi oleh Candidate Master Ree Herng Shen dari Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast