Muhammad Nuriman Mohd Irwan, Muhammad Nuramin dan Muhammad Nurnaim, bersama bapa mereka, Mohd Irwan Ismail.

PEKAN – Hasrat pasangan kembar tiga untuk menjadi askar tidak terpadam dan tekad memilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 secara sukarela bagi menambah pengalaman.

Meskipun empat kali permohonan menjadi askar gagal atas faktor ketinggian namun ia tidak mematahkan semangat Muhammad Nuriman Mohd Irwan, Muhammad Nuramin dan Muhammad Nurnaim yang kesemuanya berusia 20 tahun.

Muhammad Nuriman berkata, ketiga-tiga mereka berketinggian 159 sentimeter sedangkan syarat kelayakan ketinggian minimum adalah 162 sentimeter.

Beliau berharap setiap pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi batu loncatan untuk mereka diserap sebagai askar.

”Saya minat PLKN sebab saya pernah masuk kursus Wataniah selama sebulan jadi saya masuk PLKN untuk belajar lebih mendalam lagi untuk belajar menembak, kawad,ilmu syarat, ilmu hutan dan pelbagai.

”Lepas itu kami boleh tarik kawan-kawan supaya berminat dalam badan beruniform apabila masuk PLKN ke atau sukarela wataniah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaporkan diri di Kem 505, Pekan Pahang semasa melaporkan diri di sini hari ini.

Tambah Muhammad Nuriman, bagi mengutip ilmu dan pengalaman, beliau bersama dua adiknya mengikuti latihan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 4/2025 Askar Wataniah selama sebulan pada Julai lalu.

Menceritakan pengalamannya, mereka bertiga mengutip pengalaman asas seperti disiplin, berkawad, menembak dan ilmu hutan.

Muhammad Nuramin Mohd Irwan pula berkata, mereka yang aktif dalam badan beruniform di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purajaya Presint 8 dan sentiasa menyertai pertandingan kawad peringkat sekolah dan daerah.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Teknologi Komputer (Sistem) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

”Asas-asas kadet bomba asas-asas kadet jabtan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan belajar ikatan-ikatan bomba itu yang kami tahu dan sijil-sijil semua sudah sedia,” kata Muhammad Nuramin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast