Asap HITAM berkepul dari kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian Sinaran, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua buah kilang musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Sinaran, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.45 tengahari.

Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn digegaskan ke lokasi dengan bantuan BBP Kajang, BBP Sri Kembangan, BBP Bangi, BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Balakong.

“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan dua kilang…ketika ini api sedang marak dan usaha pemadaman giat dilakukan pasukan operasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis memberitahu, operasi berkenaan membabitkan seramai 38 anggota dengan menggunakan 11 jentera.

Setakat ini, tiada laporan berhubung kemalangan jiwa diterima dan usaha memadam api masih giat diteruskan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast