NIBONG TEBAL – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada 5 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berkenaan daripada abang mangsa dan usaha mencari sedang giat dijalankan.

“Mangsa dikenali sebagai Subahshini Shadi Kumar, 35, dipercayai tidak pulang ke kediamannya sehingga hari ini selepas keluar membeli barang,”katanya dalam kenyataan media, di sini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai individu berkenaan diminta segera menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal, Asisten Superintendan Rusli Tipu di talian 013 441 6000 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast