KUALA LUMPUR – Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sedang mengesan waris Kwok Ah Moi yang meninggal dunia di hospital ini pada 27 Ogos 2025.
Si mati pemilik nombor kad pengenalan 440420-71-5248 meninggal dunia di Wad 06D, HSI.
Pihak hospital berharap saudara mara atau orang ramai yang mengenali waris tampil untuk memberi maklumat dan membuat tuntutan dengan menghubungi Abdul JAwad Sipun, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail di talian 07-3565000 sambungan 2803. – MalaysiaGazette
















