PARIS – Seorang penyerang menikam guru dan pelajar dalam serangan di sebuah kolej hortikultur di bandar Antibes dekat selatan Perancis.
Mangsa seorang pelajar, 16 dan seorang guru berusia 52 tahun, parah.
“Terima kasih kepada polis negara dan perbandaran, serta bomba, atas tindak balas pantas dan komitmen teladan mereka dalam situasi yang amat tegang ini, simbolik peningkatan tragis keganasan di negara kita,” kata Eric Pauget, Ahli Parlimen Antibes di X.
Perancis telah menyaksikan beberapa serangan pisau terhadap guru dan pelajar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kejadian ini adalah serangan terbaru yang melanda sebuah institusi pendidikan di negara ini.
Minggu lalu, seorang guru cedera oleh rakan sekerjanya yang menikamnya dua kali semasa pertengkaran di bilik kakitangan sebuah sekolah menengah di Martigues, barat laut bandar pelabuhan selatan Marseille.
Pada bulan Jun, seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun menikam hingga mati seorang pembantu pengajar berusia 31 tahun di bandar timur Nogent.
Pada April, seorang pelajar membunuh seorang gadis berusia 15 tahun dan mencederakan tiga orang lain di sebuah kolej di bandar barat Nantes.
Pada bulan Mac, polis telah melaksanakann pencarian rambang untuk mengesan senjata tersembunyi di dalam dan sekitar sekolah. – AFP















