Foto IG Amira Othman.

KUALA LUMPUR – Sebuah majlis berkonsepkan bachelorette usrah diadakan bagi meraikan penyanyi, Amira Othman yang bakal menamatkan zaman bujang Ahad ini.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, berkata, majlis tersebut merupakan cetusan idea pempengaruh dan adik aktres, Umie Aida iaitu Betty Rahmad.

“‘Bachelorette usrah oleh kawan-kawan usrah saya. Masya-Allah baiknya kawan-kawan saya ini. Mastermind Betty, terima kasih selalu ada dan selalu ajak Mira pergi kelas.

“Usrah ni tentang pesanan menjadi isteri syurga. Betul-betul Betty suruh saya menuntut ilmu sebelum jadi isteri,” katanya dalam Instagram hari ini.

Antara selebriti yang turut meraikan pada majlis itu ialah Hawa Rizwana, Amyra Rosli, Wany Hasrita, Nabila Razali, Nora Danish dan Bella Astillah.

Amira turut berterima kasih atas segala ilmu yang sudah dikutip dari kelas agama dan penganjuran majlis tersebut.

“Terima kasih ustazah di atas perkongsian ilmu. Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga,” ujarnya.

Kelmarin pelakon Fattah Amin membuat kejutan apabila mengumumkan akan bernikah dengan Amira ketika selebriti itu dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet terbaharu berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan teka-teki mengenai hubungan istimewa mereka yang diperkatakan sejak Januari lalu yang sebelum ini sering alasan hanya rakan sekerja terjawab.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa kedua-dua personaliti popular itu bakal disatukan dalam tempoh terdekat namun dinafikan Fattah mahupun Amira.

Fattah, 35, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 namun mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast