Lapan ahli pengakap yang terdiri anak istimewa cacat penglihatan mengadakan persembahan tarian zapin di malam kebudayaan World Muslim Scout Jamboree di Jakarta pada malam tadi.

JAKARTA – Biar pun dilahirkan cacat penglihatan namun ia tidak menghalang lapan ahli pengakap Malaysia mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Kumpulan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur itu mempersembahkan tarian zapin pada malam kebudayaan sempena World Muslim Scout Jamboree (WMSJ) di Bumi Perkhemahan Jakarta (BUPERTA) di Cibubur.

Ketua kontinjen Malaysia, Ahmad Hafzan Hassan berkata, kontinjen Malaysia membawa 39 peserta di termasuk guru pemimpin pengakap bagi menyertai jambori pengakap muslim yang julung kali ini dianjurkan.

“Setiap negara diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan membawa budaya negara masing-masing. Anak-anak istimewa ini berpakat untuk membuat persembahan zapin dan berlatih selama tiga minggu.

“Satu cabaran untuk mereka namun berkata kesabaran dan kesungguhan mereka berjaya mengagumkan nama pengakap Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Seramai 39 ahli pengakap termasuk pemimpin pengakap menyertai World Muslim Scout Jamboree di Jakarta Timur sejak 8 Sepntember lalu hingga 14 September ini.

Selain murid berkeperluan khas, peserta jambori terdiri Kontinjen Malaysia terdiri daripada pelajar dan guru dari Malay College Kuala Kangsar, Perak dan Sri Ayesha Islamic School, Bandar Baru Bangi, Selangor.

WMSJ itu disertai 15,333 peserta dari 17 negara dalam perhimpunan global pengakap Muslim itu pertama kali diadakan peringkat dunia.

Jambori berkenaan berlangsung dari 9 hingga 14 September ini menggabungkan aktiviti lasak, pendidikan dan perkhemahan untuk memupuk persaudardan, keharmonian dan keamanan sejagat serta mengeratkan hubungan belia.

Selain Malaysia negara lain yang turut serta ialan Oman, Mauritius, Uzbekistan, Azerbaijan, Arab Saudi, Qatar, Brunei, Kuwait, Maldives, Algeria dan United Kingdom. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast