Drama Madu atau Racun

KUALA LUMPUR – MIG Production House membuat permohonan maaf terbuka berhubung penayangan drama Madu Atau Racun yang didakwa memaparkan unsur budaya songsang.

Syarikat produksi itu berkata, pihaknya mengambil maklum isu berkenaan dan mengambil teguran yang diberikan secara terbuka.

“Kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton
secara umum.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja.”

“Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Drama bersiri lakonan Aliff Aziz, Elisya Sandha serta Uqasha Senrose yang ditayangkan menerusi platform penstriman itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hasan.

Beliau menyuarakan pendirian tegas terhadap penayangan drama Madu Atau Racun serta menolak perkara yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here