Mohd Sohaimi Ishak

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki yang bersenjatakan parang kerana cuba membunuh sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera parah di Taman Cahaya , Kota Puteri, Seri Alam di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku pada 3 September lalu melibatkan dua mangsa tersebut iaitu lelaki tempatan berusia 27 dan 30 tahun.

“Kedua-dua suspek diserang empat lelaki bersenjatakan parang dan melanggar mangsa dengan menggunakan kereta dan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, pada 4 September sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah membuat tangkapan tiga lelaki berusia antara 25 hingga 42 tahun di kawasan Seri Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati dua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap tiga suspek berkenaan katanya, mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis methamphetamine

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 307 dan 326 Kanun Keseksaan dan mereka sudah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast