Kredit: JBPM Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang malam tadi, ditemukan maut hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mayat mangsa ditemukan di tingkat bawah rumahnya pada 10.35 pagi.

“Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 10.45 pagi dan bomba dengan polis serta penduduk kampung mengangkat mangsa sejauh 750 meter ke kawasan selamat.

“Mangsa diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 11.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu, namun seorang wanita berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Pasukan bomba berdepan kesukaran ke tempat kejadian kerana laluan terhalang akibat banjir dan tanah runtuh, selain perlu berjalan sejauh 3 kilometer untuk sampai ke situ. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast