KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah yang meninggal dunia ketika terlibat dalam operasi di Pulau Mataking, Sabah.
“Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan terberat ini.
“Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Allahyarham Muhammad Irfan, anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dilaporkan hilang bersama rakannya, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27 tahun, semalam.
Beliau kemudian ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan. – MalaysiaGazette
Prebet Irfan meninggal dunia, seorang lagi hilang ketika operasi di Pulau Mataking















