@malaysiagazette Seorang lelaki ditahan susulan penemuan dadah dalam sebuah kereta selepas terbabit kemalangan dua kenderaan di Plaza Tol Telok Panglima Garang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langar, Superitenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 40-an itu juga tidak mempunyai lesen memandu semasa pemeriksaan dijalankan. “Dalam kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu, sebuah kereta jenis Toyota Corolla Cross dipandu wanita berusia 40-an sedang memperlahankan kenderaan di lorong tol. untuk membuat transaksi. malaysiagazette MGViral Video : Orang Awam
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan susulan penemuan dadah dalam sebuah kereta selepas terbabit kemalangan dua kenderaan di Plaza Tol Telok Panglima Garang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langar, Superitenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 40-an itu juga tidak mempunyai lesen memandu semasa pemeriksaan dijalankan.
“Dalam kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu, sebuah kereta jenis Toyota Corolla Cross dipandu wanita berusia 40-an sedang memperlahankan kenderaan di lorong tol. untuk membuat transaksi.
“Kemudian, datang kereta jenis Cherry dipandu suspek melanggar belakang sebelah kanan kenderaan itu lalu melanggar pembahagi antara plaza tol sebelum terbalik.
“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, menemukan dadah disyaki jenis ganja seberat 1.07 gram dan syabu seberat 1.17 gram di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pemandu wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala suspek mengalami cedera di bahagian kaki, muka dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan.
“Suspek masih menerima rawatan di hospital dan setakat ini tiada pengakuan daripada suspek yang menyatakan dia memandu di bawah pengaruh dadah namun sampel darah dan sampel air kencing telah diambil untuk mendapatkan laporan pakar.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.
Mohd Akmalrizal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Langat, Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 014-5006072 atau 03-31872222. – MalaysiaGazette















