MERSING – Pengakap kini bukan lagi dikenali dengan survival kemahiran perkhemahan namun melangkah lagi diserlahkan dengan konsep berasaskan komuniti.
Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Prof. Dr. Mohd Zin Bidin berkata sebagai ahli pengakap perlu menjadi ejen perubahan yang berani, berwawasan dan berakhlak mulia, berdisiplian selain membentuk kepimpinanan dan kesukarelawan.
“Pengakap bukan lagi hanya di hutan atau di padang perkhemahan. Pengakap mesti berada di tengah denyut nadi masyarakat, membantu ketika bencana, menggerakkan sukarelawan dan memperkukuh perpaduan,”katanya.
Dr Mohd Zin berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) kali ke- 27 Peringkat Antarabangsa, dengan kehadiran lebih 4,500 peserta dari seluruh Malaysia dan dari serata dunia – MalaysiaGazette
















