Situasi banjir di Sabah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan terus kepada mangsa banjir di Sabah bagi pembaikan segera kemudahan asas.

Katanya, ia adalah tambahan kepada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri Sabah.

“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini

Tambah beliau, kerajaan akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan.

Perdana Menteri turut menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Sabah batal sambutan Hari Malaysia esok, keutamaan uruskan bencana alam – Hajiji

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast