Penduduk Hulu Langat meluahkan rasa bimbang apabila kejadian banjir di kawasan itu semakin kerap berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini, berbeza dengan keadaan sebelum ini yang jarang menjejaskan kehidupan mereka.
Mereka mendakwa keadaan itu semakin serius berikutan pintu empangan yang didakwa lewat dibuka, menyebabkan air lambat surut dan rumah penduduk terus dinaiki banjir dalam tempoh yang lebih lama berbanding dahulu.















