Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa negeri sepanjang cuti umum, Hari Malaysia hari ini.

Menurut Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia, hujan dijangka pada sebelah pagi di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, selain beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, cuaca tidak menentu melibatkan Kudat, Pantai Barat dan pedalaman, manakala di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Betong, Sarikei, Mukah dan Bintulu.

Keadaan dijangka berlarutan pada sebelah petang dengan ribut petir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Kawasan terlibat termasuk Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak, serta Pantai Barat, pedalaman, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Pada waktu malam, hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Tawau) serta Sarawak (Kapit, Miri dan Limbang) manakala negeri-negeri lain dijangka mengalami cuaca baik.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan cuaca semasa terutama ketika menjalankan aktiviti luar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast