Pedro Sanchez. Foto: Fb Pedro Sanchez

MADRID – Kerajaan Sepanyol membatalkan kontrak bernilai hampir €700 juta (AS$825 juta) untuk Israel mereka pelancar roket, menurut dokumen rasmi yang dilihat agensi berita, AFP.

Langkah tersebut diambil selepas Perdana Menteri, Pedro Sanchez mengumumpan pada minggu lalu bahawa kerajaannya akan menghalang ‘penggabungan undang-undang’ terhadap penjualan atau pembelian peralatan ketenteraan dengan Israel berikutan serangannya ke atas Gaza.

Kontrak tersebut dianugerahkan kepada sebuah konsortium Sepanyol, membabitkan pembelian 12 sistem pelancar roket SILAM yang diperoleh daripada platform PULS buatan syarikat Israel, Ebit Systems, menurut International Institute for Strategic Studies’ Military Balance.

Laporan pertama oleh media tempatan dan akhbar Israel, Haaretz menyatakan pembatalan tersebut dilakukan ke atas platform kontrak awam rasmi Sepanyol pada 9 September lalu.

Pada keesokan hari, Sanchez mendedahkan langkah-langkah yang menjurus kepada pembatalan yang mana kerajaannya mengelar ia sebagai genosid di Gaza.

Ia membabitkan kelulusan perintah pelaksanaan larangan penjualan atau pembelian peralatan ketenteraan dengan Israel berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Sepanyol mengguna pakai larangan ketika Israel meningkatkan pembunuhan oleh tenteranya.

Sepanyol turut membatalkan kontrak lain membabitkan 168 pelancar peluru berpandu anti kereta kebal yang akan dihasilkan di bawah lesen sebuah syarikat Israel.

Kontrak berkenaan bernilai €287 juta seperti dilaporkan media pada Jum lalu.

Menurut akhbar harian Sepanyol, La Vangguardia, kerajaan melaksanakan kajian semula yang lebih meluas untuk menghentikan secara berperingkat mendapatkan teknologi dan senjata daripada tentera Israel.

Sanchez muncul sebagai salah seorang peminpin Eropah yang lantang bersuara mengkritik Perdana Menteri Israel, Banjamin Netanyahu berhubung dasar di Gaza.

Hubungan antara kedua-dua negara tegang sejak berbulan-bulan.

Israel tidak mempunyai Duta di Sepanyol sejak Madrid mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 2024.

Pada minggu lalu, Sepanyol memanggil pulang Dutanya ke Israel selepas perbalahan hangat mengenai langkah-langkah baharu yang diperkenalkan Sanchez.

Berdasarkan data tender awam, institut penyelidikan keselamatan, Delas Centre yang berpengkalan di Barcelona menganggarkan Sepanyol telah menganugerahkan 46 kontrak bernilai AS$1.044 bilion kepada syarikat Israel sejak bermulanya serangan ke atas Gaza pada April lalu.  – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast