KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 September 2025.
Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.93 seliter bagi tempoh yang sama.
Harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism
harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM2.90 kepada RM2.93.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.- MalaysiaGazette
















