Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.- Kredit UMNO Online.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Batu di sini meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (ALPA).

Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berbuat demikian susulan keputusan bahagian itu telah memutuskan hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH).

“Janji dikota. Tiada lagi hubungan politik antara komponen PH dengan UMNO Batu di peringkat Parlimen Batu dan Wilayah Persekutuan,” katanya di Facebook (FB) hari ini.

Surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengerusi ALPA, Datuk Seri Dr Zaliha Musafa yang juga menteri Wilayah Persekutuan hari ini yang turut dikongsi dalam FB miliknya.

Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu dia berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Gulam Muszaffar dilaporkan berkata, UMNO Batu memutuskan hubungan dengan PH kerana tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Katanya, PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon yang akhirnya diperoleh PKR.

Belau juga mendakwa Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran daripada PKR tidak pernah memberikan peruntukan kepada UMNO untuk membuat kerja-kerja di Parlimen Batu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast