Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bercakap pada sidang media mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, di Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 17 SEPTEMBER 2025 (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR-  “Pas hentikan jaga tepi kain orang, sedangkan kain sendiri sudah naik sampai seluar dalam masih tidak sedar,” kata Khalid Abdul Samad yang meminta parti itu tidak mencampuri isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, di sini.

Bekas Menteri Wilayah Persekutan mendakwa Pas masih gagal menyelesaikan masalah isu tanah rakyat melibatkan 53 keluarga di kawasan Jalan Atas Palo, Kota Bharu, Kelantan sejak 80 tahun lalu.

“Saya nampak kes Rafidah ini turut melibatkan Pemuda Pas dan Pas Wilayah selain dalam ucapan muktamar pun berapi-api dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pun kata walaupun Akta Pengambilan Tanah sudah digunapakai tapi kerajaan boleh batalkan sahaja.

“Dia ingat undang-undang macam main Tik Tok ke? Main catur pun tak boleh tarik-tarik balik. Ini undang-undanglah cikgu. Hentikan jaga tepi kain orang, sebab terlalu jaga, kamu tak sedar diri sendiri hampir terdedah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bercakap pada sidang media mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, di Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 17 SEPTEMBER 2025

Dalam pada itu, Khalid memaklumkan isu pengosongan di Kampung Sungai Baru perlu dijadikan pengajaran dalam pembentangan semula Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (PSB).

Katanya, isu tersebut tercetus susulan nilai pampasan diberikan pemaju kepada penduduk hasil penilaian hartanah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan.

“Kita melihat kaedah pengambilan tanah di kawasan tersebut yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah disifatkan agak keterlaluan sehingga memberi implikasi pada masa sekarang.

“URA perlu lihat perkara ini sebagai satu pengajaran kerana ia berkait dengan soal pampasan dan tanah (Kampung Sungai Baru) merupakan lapisan pertama dari Saloma Bridge betul-betul sebelah KLCC. Paling premium di Kuala Lumpur. Tapi nilai hanya RM450 sekaki persegi? Itu tak masuk akal” jelasnya. 

Sebelum ini, writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru baru-baru ini sehingga menimbulkan kekecohan.

Tindakan itu dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perolehan yang ditetapkan dan perintah pengosongan dikeluarkan mahkamah. – MalaysiaGazette

Penduduk Kampung Sungai Baru perlu segera fail permohonan ketepi perintah roboh rumah mereka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast