Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed menerima plak penghargaan sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1446H/2025M
Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed menerima plak penghargaan sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1446H/2025M

KUALA LUMPUR – Syarikat Pintas Utama sekali lagi menzahirkan komitmen terhadap kebajikan jemaah haji apabila menerima plak penghargaan sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1446H/2025M.

Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH di Menara TH.

Syarikat tersebut menaja set beg khas kepada jemaah Muassasah Malaysia bagi melengkapkan keperluan mereka sepanjang ibadah haji.

Marhalim berkata, sumbangan yang dilaksanakan buat tahun ketiga berturut-turut itu mencerminkan kekukuhan komitmen Pintas Utama dalam menyantuni jemaah.

“Ia amat bermakna bagi sebuah syarikat seperti Pintas Utama. Walaupun sederhana, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan persiapan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Agihan dibuat secara berperingkat seluruh negara ketika Kursus Perdana Haji, termasuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada April lalu.

Tambah Marhalim, selain menjadi syarikat berpengalaman dalam pengurusan cerun dan infrastruktur, Pintas Utama turut konsisten melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada rakyat.

Antaranya termasuk inisiatif pendidikan, kebajikan serta sokongan komuniti yang dijalankan secara berterusan di pelbagai peringkat.

Komitmen ini menjadikan Pintas Utama sebagai rakan strategik TH dalam memperkukuh jaringan sokongan kepada jemaah haji Malaysia setiap tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast