Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah esok, bagi meninjau situasi banjir di negeri itu.

“Saya akan pergi esok,” kata beliau ringkas kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN Ke-46 (AIPA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 3,134 orang daripada 916 keluarga pagi ini.

Jumlah itu meningkat daripada 2,919 orang daripada 814 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan semua mangsa ditempatkan di 27 PPS melibatkan enam daerah iaitu Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast