Zakaria Shaaban.

KUALA LUMPUR – Seramai 60 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuang kerja atas pelbagai salah laku sejak 2022 sehingga kini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu sebagai bukti komitmen jabatan itu menegakkkan integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Selain itu, sebanyak 301 ks tatatertib masih dalam tindakan dan siasatan termasuk 277 kes melibatkan pintu masuk negara.

“Sepanjang tahun 2024, JIM telah menyelesaikan sebanyak 254 kes tatatertib, manakala 2025 pula adalah 199 kes berjaya ditangani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Zakaria, tindakan berterusan itu membuktikan kesungguhan Imigresen dalam melaksanakan tanggungjawab tatatertib berlandaskan prinsip Kerajaan Madani.

“Kita memandang serius terhadap isu salah laku dan tidak akan berkompromi terhadap pegawai serta anggota yang terlibat kerana isi keselamatan negara amat ditekankan JIM,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan pelbagai barangan mewah termasuk barang kemas seberat kira-kira 3.2 kilogram (KG) bernilai RM1.6 juta dan 75 kepingan emas bernilai kira-kira RM400,000 disita daripada enam individu termasuk lima pegawai Imigresen untuk siasatan counter setting.

Sitaaan itu dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor minggu lalu dan turut menahan sekurang-sekurangnya 20 pegawai serta anggota Imigresen termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast