KUANTAN – Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pahang dilarang daripada memasuki tender yang ditawarkan PBT masing-masing.
Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud berkata, perkara tersebut dipersetujui menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 14 Mei lalu.
“Cadangan tersebut dilihat mampu untuk membuat perubahan dalam menjaga tahap pengurusan tatakelola, selain menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah dalam kalangan Ahli Majlis PBT khususnya dalam soal perolehan tender.
“Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh tadbir urus serta membudayakan integriti dalam pentadbiran awam,”katanya menerusi kenyataan. hari ini.
Bagaimanapun katanya, Ahli Majlis PBT masih boleh menyertai tender di PBT lain. – MalaysiaGazette
















