Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman ke atas tiga bekas kelab Liga Super iaitu Sri Pahang FC (SPFC), Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC yang menarik diri dan gagal mendapatkan lesen kebangsaan bagi musim 2025/26.

MFL dalam satu kenyataan berkata, kelab tersebut dikenakan penggantungan daripada menyertai kancah divisyen satu itu selain turut dikenakan denda.

Lebih malang, tiga pasukan itu juga tidak akan mendapat wang agihan secara merit selepas berakhirnya Liga Malaysia (Liga M) 2024/25.

Badan pengendali liga itu turut menegaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan perlembagaan MFL ke atas mana-mana pasukan yang menarik diri daripada Liga M dan tidak akan menerima sebarang manfaat daripada MFL.

Kenyataan sama turut menyatakan larangan daripada aktiviti bola sepak sebagai sekatan ke atas Rakan Kongsi apabila MFL memutuskan status penyingkiran Kelab Rakan Kongsi dan pengurusan Kelab Rakan Kongsi terbabit.

Kesebelasan utama pasukan Sri Pahang FC ketika menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2025.

Sebagai rekod, skuad ‘Tok Gajah’ menjadi antara pasukan yang mendapat lesen kebangsaan bagi musim 2025/26 namun membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan profesional itu.

KDA FC dan Perak FC pula gagal mendapat lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan dalam MFL CLR. – MalaysiaGazette

Foto FB Perak FC.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast