Buku 10X Strategy Wheel mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

KUALA LUMPUR – Buku 10X Strategy Wheel mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records apabila dibangunkan berasaskan kajian primer terbesar melibatkan komuniti usahawan di Malaysia.

Penulis buku, Joescher Chee berkata, lebih 4,000 pemeriksaan kesihatan perniagaan secara bersemuka telah dijalankan sepanjang 10 tahun lalu oleh lebih 200 jurulatih strategi yang turut merentasi enam benua.

Daripada dapatan kajian itu, lahir kerangka 10X Strategy Wheel yang merangkumi 10 tonggak utama dan 50 bidang perniagaan.

“Ia direka bagi membantu usahawan mengenal pasti masalah sebenar yang perlu diselesaikan, menyusun strategi dengan lebih tepat, serta mempercepat pertumbuhan syarikat.

“Ramai usahawan bukan gagal kerana kurang usaha tetapi mereka gagal kerana tiada strategi dan fokus yang jelas di mana 10X Strategy Wheel membimbing usahawan untuk menumpukan kepada perkara yang benar-benar penting,” katanya dalam  kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, lebih 600 usahawan dari seluruh negara berhimpun di Confetti KL sempena pelancaran buku 10X Strategy Wheel menyaksikan satu gerakan berasaskan kajian untuk mengubah landskap perniagaan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Mengulas lanjut, Joescher menambah, buku 10X Strategy Wheel bersesuaian untuk usahawan yang sedang mengembangkan perniagaannya dengan memiliki nilai perniagaan kurang daripada RM10 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast