Steven Sim merasmikan Pusat Dialisis Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Penubuhan Pusat Dialisis Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Seberang Jaya di sini memberi kemudahan besar kepada pencarum di utara tanah air yang memerlukan rawatan buah pinggang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pusat berkenaan mampu menampung sehingga 36 pesakit sehari dengan kemudahan moden serta rawatan berkualiti tinggi.

“Dengan adanya pusat dialisis ini, pencarum yang datang tidak perlu membayar apa-apa kerana kos ditanggung sepenuhnya Perkeso.

“Malah kos rawatan di sini lebih rendah, jadi subsidi yang disalurkan kerajaan mencukupi untuk menampung pesakit.

“Pusat ini juga amat strategik kerana berdekatan dengan hospital kerajaan dan swasta termasuk Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam,” katanya selepas merasmikan pusat dialisis berkenaan hari ini.

Steven Sim.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Tambah Steven Sim, pusat itu bukan sahaja mengurangkan beban kos pesakit, malah membantu negara menjimatkan perbelanjaan dalam jangka panjang.

“Kemudahan di Seberang Jaya itu melengkapkan ekosistem rawatan Perkeso yang turut mempunyai 800 pusat dialisis panel membabitkan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perkeso kini mengendalikan enam pusat dialisis iaitu masing-masing dua di Selangor (Klang dan Shah Alam), Johor (Kluang dan Batu Pahat) serta satu di Kuala Lumpur.

“Selepas ini, kita merancang membuka sebuah lagi cawangan di Seremban tidak lama lagi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast