Foto: fb Football Association of Malaysia

KUANTAN – Skuad futsal negara mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE)  dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, di sini, malam ini.

Malaysia bermula agresif pada awal babak perlawanan dengan melancarkan serangan ke arah kubu lawan namun berjaya disekat dengan baik oleh barisan pertahanan pelawat.

Malaysia hampir membolosi gawang lawan namun dua percubaan berbahaya pemain negara Harith Naim Nasir dan Mohd Ridzwan Bakri masing-masing pada minit ketujuh dan kesepuluh, diselamatkan penjaga gol UAE Hamad Albaroud.

UAE hampir membolosi gawang Malaysia menerusi Hamad Alzaabi namun tendangannya melewati palang sekali gus menyelamatkan pintu gol Muhammad Syaifuddin.

Memasuki babak kedua, pelawat seakan mendapat tonik baharu untuk terus menekan pertahanan Malaysia namun pemain negara turut menggandakan usaha memburu gol.

Dua lagi percubaan oleh Muhammad Saad Sani dan Syahir Iqbal Khan tetap gagal menerjah gawang Hamad sebelum Mohamad Awwalluddin Nawi muncul wira apabila menyumbat gol tunggal negara pada minit ke-38.

Kedudukan 1-0 yang berpihak kepada pasukan negara kekal hingga tamat perlawanan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast