Tangkap layar vieo yagn tular memaparkan mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di laut berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di laut berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat wanita warga tempatan berusia 73 tahun itu ditemukan pada pukul 9.10 malam.

“Siasatan awal mendapati seorang saksi wanita berusia 36 tahun telah menghubungi polis selepas melihat mangsa terjun ke laut secara tiba-tiba.

“Sebaik mendapat maklumat, sepasukan polis dari Balai Taman Pelangi bersama-sama anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin digerakkan ke lokasi.

“Pihak bomba kemudiannya berjaya membawa naik mayat ke darat pada pukul 9.30 malam,” katanya daam kenyataan hari ini.

Raub berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa lengkap berpakaian dan tiada kesan unsur jenayah ditemukan pada jasadnya.

Katanya, kematian mangsa juga telah disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Mayat kemudianya dibawa ke Unit Forensik HSA bagi tujuan bedah siasat setelah selesai proses x-ray dan ujian Kesihatan,” ujarnya.

Waris terdekat mangsa juga katanya, sudah dimaklumkan bagi proses pengecaman dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast