Logo Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi esok.

MetMalaysia dalam hantaran di platform X hari ini memaklumkan, lokasi ujian itu ialah di Miri Central Park, Miri, Sarawak dari 9 pagi hingga 11 pagi, serta di Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Langkah ini bertujuan menguji sistem siren tsunami baharu bagi pelaksanaan Site Acceptance Test (SAT) di lokasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan sekitar, supaya tidak panik dengan bunyi siren berkenaan kerana ia hanyalah ujian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast